Thursday, February 16, 2012

DANISH PASTRY




Buat ni utk minuman petang hari ini, resepi asal dari Chef terkenal Alex Goh

DANISH PASTRY

Bahan A
280gm tepung roti
120gm tepung gandum
55gm gula
1st garam
11/2 sb tepung susu
4 st intant yeast

Bahan B
190ml air sejuk
1 biji telur

Bahan C
40gm mentega

Bahan D
200gm pastry margarine

Bahan E
custard/jem (Saya gunakan custard, coz jem dah manis)
secukup buah kismis

Cara2 Membuat:
1. Adun A hingga rata/sebati, Canpur B dan uli hingga menjadi doh.
2. Tambah C dan uli doh menjadi lembut dan kenyal, canai supaya jadi bentuk segi empat tutup doh dgn plastic n simpan dlm fridge for 1 hr.
3. Tutup D dgn plasic kemudian canaikan. Keluarkan doh daripada fridge canai hingga menjadi 10mm tebal. letakkan D d bahagian dasar doh n lipat.
4. Canaikan doh sehingga menjadi 10mm tebal, Lipat 1/2 bahagian dasar ke bahagian atas tengah (cara nya sama seperti buat currypuff berlapis) ulang 3 kali.
5. Keluarkan doh dah ulang langkah (4) sekali lagi. Tutup dgn plastic n simpan dlm fridge for 30 mins.
6. Bahagikan doh kepada 3-4 bahagian, canai dgn setiap satu menjadi 4mm tebal dan bentukkan menjadi rectangular.
7. Sapu dgn custard/jem n taburkan buah kismis.
8. Gulungkan doh, seperti membuat swiss roll, potong menggunakan pisau tajam.
9. letakkan di atas baking try yg sudah d sapu butter, tekan atasnya secara lembut, utk meratakan. Bubuh ceri d tengah nya dan biarkan ia nya naik lagi.
10. Sapu dgn telur seblum d bakar pada suhu 190c (kakak gunakan 175c) selama 15-20 mins.

*utk menghasilkan Pastri Danish yg lebih berselera, sapukan dgn gel aprikot yg telah cair semasa ia masih panas
*Ada ubah suai sedikit cara penyampaian dari buku ini - harap maklum :)

No comments: