Thursday, November 6, 2008

Kheema n Chapati

Kheema


Chapati



Kheema Daging

230gm daging kisar lembu/kambing
2 sm rempah kari daging
1 ikat daun ketumbar - hiris 1/2 cm
120gm kacang peas
1 batang lada hijau - hiris bulat
bahan2 kisar
1cm halia
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
bahan2 d dadu kecil
2 biji kentang
1/2 batang lobak
2 biji tomato
bahan2 untuk menumis
1/2 biji bawang - hiris
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkeh
11/2" panjang kayu manis
secukup minyak makan

Cara:
*daging d gaul dengan bahan2 kisar, garam n rempah kari.
* panaskan minyak, masukkan bahan2 tumis, tumis hingga bawang layu.
*masukkan daging kisar n d kacau sehingga ianya wangi.
*masukkan pula kentang n lobak + 1 cawan air - masak hingga kentang n lobak empuk, kalau kurang air tambah.
*masak hingga kuah hampir pekat, n masukkan tomato, kacang peas, daun ketumbar n lada, kacau ratakan, biarkan ia masak selama 3 minit lagi.



Chapati

450gm tepung atta/chapati (kakak pakai PILLSBURY brand, coz House Brand terasa kasar sikit tepung dier)
2 sm minyak makan (kakak gunakan 1sm minyak QBB)
1 cawan air suam + 1 st garam (kakak gunakan 1/4 cawan air panas pas tu + minyak QBB (1sm ) minyak dah larut + 3/4 cawan air)

Cara:
*masukkan tepung dlm mangkuk besar, tuangkan 3/4 cawan air, dan ratakan, klau kurang air, tambah sedikit2 air, sambil d uli hingga tepung tk melekat d mangkuk.
*uli lagi abt 10 mins, tutup dgn kain lembab n biarkan abt 45 mins.
* bahagi2kan adonan tepung tu bbrapa bahagian, n sebesar bola pingpong, canai bulat n nipis.
*panaskan tawa n masakkan chapati itu, setelah ia mula gelembung, tekan dgn tuala tangan yg kecil/bersih, apabila ia menggelembung, balikkan. setelah masak angkat n bungkus dgn kitchen towel yg bersih.


Nota: Adunan itu d biarkan bbrapa waktu dahulu dan d tekan, semasa d masak, sebab ini akan menjadikan chapati itu agak 'ringan' lagi.

*actually kakak agak2 aje, tapi bila belek buku Semudah Masakan Zarina sama saja, so kakak ambil ikut sukatan dier k, tapi method nyer cara kakak

No comments: