Showing posts with label Set Menu. Show all posts
Showing posts with label Set Menu. Show all posts

Sunday, May 2, 2010

SET NASI MINYAK


NASI MINYAK

3 cawan beras Basmathi - cuci - toskan
1 biji bawang besar hiris halus
2 sudu makan paste bawang putih
2 sudu makan paste halia
2 sudu makan minyak QBB
1 senduk minyak masak
2 helai daun pandan
3" kayu manis
4-5 biji pelaga
4-5 biji chengkeh
2 sudu makan air mawar (kalau suka)
3/4 cawan susu cair (sejat)
31/4 cawan air
garam secukup rasa (slalunya saya rasa air garam seakan2 masin air laut)

Cara:
Panaskan minya QBB & minyak masak, masukkan bawang hiris, paste halia, paste bawang putih, kayu manis, pelaga, chengkeh & daun pandan, tumis hingga naik bau masukkan air, susu, air mawar, garam & beras, tutup periok biar ia tanak.
Apa bila nasi hampir tanak, gemburkan nasi 2-3 kali, dah tutup lagi, biar ianya betul2 masak.

*sedap kalau di tabur dgn badam hiris goreng, kismis goreng dgn bawang goreng semasa di hidang :)




PENCUK NENAS & TIMUN

Timun
Nenas
Bawang
Lada merah/hijau
garam
gula
Cuka



KORMA DAGING

1kg daging
5-6 sudu makan rempah kurma (suka pakai brand 786)
4-5 biji kentang - bersihkan d potong dadu kasar
2-3 tangkai daun ketumbar - hiris kasar
15-20 bj tomato ceri
2 senduk santan
air asam
garam
3"-4" kayu manis
5 bj pelaga
5 kuntum chengkeh
2 batang serai - d titek
1/2 biji bawang besar - d hiris

Bahan2 Kisar
4-5 bj bawang besar
3 ulas bawang putih
1" halia

Cara:
panaskan minyak, tumis bawang hiris,serai, kayu manis, cengkeh n pelaga hingga wangi, masukkan bahan2 kisar dan serbuk rempah kurma, tumis hingga naik minyak, masukkan daging, kacau - ratakan, bila rempah kering masukkan air sedikit2-anggaran 1 cawan (mcm masak kari daging)
Apabila daging hampir empuk masukkan kentang, garam & air asam, masak hingga kentang hampir empuk, masukkan pula santan (rasa garam n asam nya seimbang)
Bila semua dah empuk, tutup api, masukkan tomato ceri dan daun ketumbar - kacau sekali dan tutup periok.




AYAM MASAK MERAH


6-8 keping ayam - di bersihkan - di lumur dgn kunyit serbuk, garam, pes halia & pes bawang putih & di perap 1/2 jam, dan di goreng
*10 batang lada kering
*3 ulas bawang putih
*2 biji bawang besar
*2 batang serai
*beberapa hiris lengkuas
*1/2" halia
*1/4" kunyit hidup
*2-3 biji buah keras
1/2 biji bawang besar - di hiris
tomato puree
kacang peas
sedikit bawang goreng
kisar bahan2 yang bertanda*

cara membuat:
Panaskan minyak, tumiskan bahan2 hiris hingga wangi, masukkan bahan2 kisar & tomato puree dan tumis hingga naik minyak, masukkan ayam n kalau terlalu pekat campurkan air, lebih sikit pun tak apa, masak hingga rempahnya hampir pekat, masukkan garam & perasa.
Apabila cukup semua rasa, masukkan kacang peas, bila rempah dah pekat taburkan bawang goreng & tutup api.

Tuesday, April 13, 2010

Saturday, October 3, 2009

Lauk 'evergreen'

Hari Raya/Bulan puasa banyak makan daging/ayam naik jelak, so tukarlah selera lauk dulu2, lemak turi, sambal tumis sotong kering, sambal blacan n ikan gelama kering.













My family fevret kek kukus + icecream ripple (kalau campurkan dgn air icecream soda/7up lagi gerek.......... hehehe

Wednesday, July 8, 2009

SET NASI MINYAK

NASI MINYAK



AYAM MASAK MERAH



DAGING MASAK KURMA



PENCUK



SYRUP NENAS


Semalam tekak teringin nak makan nasi minyak..........

Thursday, June 18, 2009

MENU HARI INI











Ikan kerapu atau di kenali dgn nama garoupa di masak sweet sour, ikan ni adik saya yg pancing, mmmmm sedap fresh lagik, pekena dgn tomyam fishball asal boleh (asal boleh sebab kt fridge tu tk ada udang atau sotong, yg ada cuma fishball, jadilah boleh jugak buat tambah2 & juga baby kailan di goreng dgn beef & black pepper.

Wednesday, June 17, 2009

BRIANI UDANG


NASI BRIANI

4 cawan beras basmati - cuci toskan
41/2 cawan air
1/4 cawan susu cair (evaporated milk)
3 sm air mawar (bleh d agak2)
3-4 helai koma2 (safron) - rendam dgn sedikit air + pewarna kuning
segengam daun pudina
2 helai pandan - d ikat
sebatang (2" kayu manis)
4-5 bunga cengkeh
3-4 buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
garam secukup nya
minyak QBB + minyak makan + sedikit minyak dari rempah briani
2 st bawang putih yg d kisar
4 sm bawang besar yg d kisar

cara membuat:
*panaskan minyak, tumis bahan2 kisar, kayumanis, buah pelaga, cengkeh, bunga lawang n daun pandan - hingga wangi.

*tuangkan bahan2 ni dlm rice cooker, masukkan air, susu, garam secukupnya, air mawar, beras n daun pudina - on rice cooker.

*Apabila hampir masak, kacau dgn cara gemburkan nasi dari bawah ke atas, buat hanya 2-3 kali saja supaya nasi tk hancur, n renjis kan safron+coloring n tutup periuk biarkan hingga ia nya tanak.

*apabila benar2 tanak gemburkan lagi supaya warna d nasi tu bertabur cantik.

** kalau rempah briani tk ada minyak, bleh juga campurkan 1 sm rempah briani yg dah masak

** selalu nya kakak masak, walaupun beras dia 5 atau lima cawan air nyer tetap kakak tambah 1/2 cawan.
contoh: 5 cawan beras - 51/2 cawan air
6 cawan beras - 61/2 cawan air
kakak lebihkan 1/2 cawan tu yg selalu dapat nasi yg lembut.



BRIANI UDANG

1kg udang (sedang/besar) bersihkan tanpa buang kulit - d gaul dgn sedikit garam n kunyit serbok n d goreng separoh masak


Bahan2 A
21/2 sm rempah briani )
3 biji bawang besar ) )
3 bj bawang putih ) d kisar ) d satukan
1" halia ) )
1 sm tomato puree )

Bahan2 B
3 biji buah pelaga
4 kuntum cengkeh
2 cm kayu manis

Bahan2C
6-7 tangkai daun pudina
2 biji tomato - d potong dadu kasar2
2 btg lada merah - potong anggaran 1cm
2 btg lada hijau - potong anggaran 1 cm

garam secukup rasa
(klau suka bleh tarok sedikit gula timbang, selain utk rasa, warna nya juga akan bertukar sedikit gelap)

Panaskan minyak, tumis bahan2 B sebentar, masukkan bahan2 A n tumis hingga naik minyak (wangi). bubuh garam n gula timbang (klau suka) kacau rata, masukkan udang yg sudah d goreng n bahan2 C, biarkan ianya mendidih sebentar. utk matangkan udang.

(Selain nasi briani sedap juga d makan bersama dgn nasi putih)



AYAM MASAK MERAH

6-8 keping ayam - di bersihkan - di lumur dgn kunyit serbuk, garam, pes halia & pes bawang putih & di perap 1/2 jam, dan di goreng
*10 batang lada kering
*3 ulas bawang putih
*2 biji bawang besar
*2 batang serai
*beberapa hiris lengkuas
*1/2" halia
*1/4" kunyit hidup
*2-3 biji buah keras
1/2 biji bawang besar - di hiris
tomato puree
kacang peas
sedikit bawang goreng
kisar bahan2 yang bertanda*

cara membuat:
Panaskan minyak, tumiskan bahan2 hiris hingga wangi, masukkan bahan2 kisar & tomato puree dan tumis hingga naik minyak, masukkan ayam n kalau terlalu pekat campurkan air, lebih sikit pun tak apa, masak hingga rempahnya hampir pekat, masukkan garam & perasa.
Apabila cukup semua rasa, masukkan kacang peas, bila rempah dah pekat taburkan bawang goreng & tutup api.



PACERI NENAS

1 biji nenas, potong bulat dan potong enam - rebus + kunyit serbuk - lembut - toskan
3 cm kayu manis
2-3 batang lada merah - d buang bijinya & di hiris memanjang
4 biji bunga cengkih
4-5 biji buah pelaga
1/2" halia - hiris tipis2
1/2 biji bawang besar - di hiris
gula - secukup manis (selalunya di bubh lebih)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

cara membuat:

panaskan minyak, tumis bahan2 hiris hingga layu, masukkan kayumanis, buah pelaga n kayu manis, kacau abt 2-3 mins.

Masukkan nenas + air secukupnya (agak2 paras nenas) + gula + garam (rasanya mesti ada manis sedikit) lagi beberapa minit nak tutup api, masukkan lada merah. masak hingga mendideh & wangi.



RAITA

1 batang timun - kupas kulit (saya tak kupas semua kulitnya) & di hiris/racik sesuka hati (di-buang tengahnya)
1 batang lada hijau - di hiris
1 batang lada merah - di hiris
2 sudu makan daun pudina/ketumbar - di hiris
1 cawan palin yogurt (tairu mamak lagi sedap)
1 st serbuk lada hitam/putih
garam secukup rasa

cara membuat:
semua bahan2 di gaul rata & masukkan dlm fridge seblum di hidangkan, sedap di makan dgn lauk2 india yg berempah, seperti kari, dalca, briani dll.

SET: NASI BRIANI, BRIANI UDANG, AYAM MASAK MERAH, PACERI NENAS & RAITA

Tuesday, June 9, 2009

Set Nasi Lemak



Nasi lemak pekena dgn sambal tumis telur puyuh, ikan selar kuning di goreng, timun & kangkong goreng belacan.............. memang sedap!!!!!

Wednesday, May 13, 2009

PULUT KUNING



Pulut kuning ni dari my SIL yg buat maulud bbrapa minggu lepas, ada pun idea untuk Harith's b'day tahun ni, nak buat pulut kuning bagi pada adik beradik n inlaw yg tinggal dekat2.........

ROTI KIRAI, KARI AYAM & ROJAK SALAD


Angin rajin sudah mari.....hahaha

CHAPATI, KHEEMA & SALAD PUDINA









Yang ni fevret hb, buat ni untuk berbuka puasa

Saturday, November 29, 2008

Set Lunch

Kalau dah masak kuah lemak, sambal belacan tak boleh di lupakan, memang gandingan yg secocok sekali, ada sambal ikan bilis....... mak mertua lalu sebelah pun tak perasan....

Lemak Turi
Sambal Ikan Bilis

Sambal Belacan

Ikan Sepat Goreng

Sop Mamak & roti

Sop Power Mamak

Sop asal resepinya dari saudari Cranko, tapi kakak punya best friend mdm B yg rajin buat sop ni, kebetulan beberapa minggu lepas, kami buat BBQ d East Coast, c mdm B ni bawak, apalagi kita semua mencuba nya, memang power lah sop ni........ berpeluh2 u makan ni. Thanks to Cranko n mdm B yg selalu buat org teruja mencubanya.

Roti Prancis

Thursday, November 6, 2008

Kheema n Chapati

Kheema


Chapati



Kheema Daging

230gm daging kisar lembu/kambing
2 sm rempah kari daging
1 ikat daun ketumbar - hiris 1/2 cm
120gm kacang peas
1 batang lada hijau - hiris bulat
bahan2 kisar
1cm halia
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
bahan2 d dadu kecil
2 biji kentang
1/2 batang lobak
2 biji tomato
bahan2 untuk menumis
1/2 biji bawang - hiris
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkeh
11/2" panjang kayu manis
secukup minyak makan

Cara:
*daging d gaul dengan bahan2 kisar, garam n rempah kari.
* panaskan minyak, masukkan bahan2 tumis, tumis hingga bawang layu.
*masukkan daging kisar n d kacau sehingga ianya wangi.
*masukkan pula kentang n lobak + 1 cawan air - masak hingga kentang n lobak empuk, kalau kurang air tambah.
*masak hingga kuah hampir pekat, n masukkan tomato, kacang peas, daun ketumbar n lada, kacau ratakan, biarkan ia masak selama 3 minit lagi.



Chapati

450gm tepung atta/chapati (kakak pakai PILLSBURY brand, coz House Brand terasa kasar sikit tepung dier)
2 sm minyak makan (kakak gunakan 1sm minyak QBB)
1 cawan air suam + 1 st garam (kakak gunakan 1/4 cawan air panas pas tu + minyak QBB (1sm ) minyak dah larut + 3/4 cawan air)

Cara:
*masukkan tepung dlm mangkuk besar, tuangkan 3/4 cawan air, dan ratakan, klau kurang air, tambah sedikit2 air, sambil d uli hingga tepung tk melekat d mangkuk.
*uli lagi abt 10 mins, tutup dgn kain lembab n biarkan abt 45 mins.
* bahagi2kan adonan tepung tu bbrapa bahagian, n sebesar bola pingpong, canai bulat n nipis.
*panaskan tawa n masakkan chapati itu, setelah ia mula gelembung, tekan dgn tuala tangan yg kecil/bersih, apabila ia menggelembung, balikkan. setelah masak angkat n bungkus dgn kitchen towel yg bersih.


Nota: Adunan itu d biarkan bbrapa waktu dahulu dan d tekan, semasa d masak, sebab ini akan menjadikan chapati itu agak 'ringan' lagi.

*actually kakak agak2 aje, tapi bila belek buku Semudah Masakan Zarina sama saja, so kakak ambil ikut sukatan dier k, tapi method nyer cara kakak