Tuesday, July 10, 2012

BUAH PALA








‘Buah pala’, ialah sejenis tumbuhan tropika berasal dari Asia Tenggara, ianya penting untuk di jadikan sebagai rempah, buahnya berbentuk seakan-akan telur, bijinya berwarna merah dan kelihatan kering, beberapa produk komersil yang lain juga di hasilkan oleh pokok pala, termasuk minyak pati, oleoresin tersari dan mentega buah pala, pokok pala mempunyai ketinggian sekitar empat sehingga limabelas meter dan bersifat ‘unisex’, iaitu pokok hanya mengeluarkan bunga jantan atau betina sahaja, pokok buah pala mempunyai bentuk yang berbeza di antara satu dengan yang lain, yang dapat menghasilkan buah berbentuk bulat dan ada juga yang menghasilkan buah berbentuk pear, secara purata berat buah pala ialah dalam lingkungan lapanpuluhsembilan gm, apabila buah ini masak, perikapnya yang berwarna kuning akan terbelah dua dan mendedahkan biji yang berwarna perang keungguan serta berkilat yang di panggil ‘mace’, bahagian perikapnya walaupun terlalu masam dan kelat untuk di makan, ia dapat di proses untuk di jadikan halwa dan jeruk, manakala biji dan aril atau ‘mace’ boleh di keringkan dan di guna pakai sebagai rempah dan bahan perisa, rempah dari ‘mace’ ini di guna pakai dalam penyediaan berbagai jenis makanan terutamanya untuk memberi perisa pelbagai jenis sos, kicap, bahan membuat kek dan berbagai manisan yang menggunakan susu, biji dan aril buah pala mengandungi sejenis minyak yang bersifat tepu, minyak ini di gunakan sebagai minyak ubat sapu dan untuk menghasilkan minyak wangi.



No comments: